Assalamualaikum...selamat pagi semua.
Alhamdulillah cuaca hari ni cerah. N3 ari ini mula-mula segan nak dikongsikan kerana kat luar sana tu berlambak dah resipinya.Tapi tak apalah..niat berkongsi bagi yang tak tau.Pagi ni tidak bercadang keluar awal ke mana-mana kerana anak-anak dah mintak sediakan sarapan pagi roti john.Memang boleh teka sebab semalam ibunya dah beli roti john. Bahan-bahannya pun dah memang ada di dapur.Menu ni memang berat sikit..siap dengan mayonis dan daging bagai..alamatnya makan tengah hari akan lajak pukul 2 ke atas.
Ikhlas cakap..mula-mula dulu 'blur' gak nak buat roti john ni tapi bila dah selalu buat...tak pergi dah pasar malam cari. Buat sendiri tau2 sajelah...sesedap rasa..tu yang bahaya tu.Iskk..guna ayat biasalah..cekali-cekala je hua2..Cara buat roti john ni mudah je..tak payah lah pergi sampai singapore sana setakat nak buat ni he2
Bahan-bahannya semua adakan...tak ada boleh beli tapi telur tu tak dapatlah sekali bekas camtu he2.
Dah masukkan beberapa sudu adunan telur dan daging tadi..telangkupkan saja roti ke atasnya.Atau susah sangat celup jer la roti ke dalam bekas telur daging tadi pas tu cepat-cepat letak atas kuali..kita yang buat dia kan..kan...Peringatan: puan-puan abaikan rupa kuali saya tu ye
Taraaaa....dah siap. Tergoda tak dengan persembahan yang tak seberapa tu...jom masak
Ubahsuailah ikut selera masing-masing ye resipi di bawah.Roti John Pembuka Selera
Olahan Rose@QasehNurlisa
Bahan-bahan : untuk 4 orang makan
· -
4 buku roti frankfurter @ roti untuk buat roti john - ada jual di
kedai kek/roti
-
200gm daging lembu cincang - keluarkan dari peti sejuk awal-awal
supaya tak keras
-
3 ulas bawang putih - cincang halus
-
1 labu bawang besar cincang halus
-
3 biji telur
-
lobak merah dipotong kiub2 kecil ....ni idea nak suruh anak-anak
makan sayur secara tersirat he2
-
3 helai daun sup--dipotong halus
-
mayonis
-
sos cili
-
sedikit marjerin utk masak daging dan untuk proses gabung inti dan
roti john
-
garam secukup rasa
-
1/2 kuib ayam
-
1/2 sudu besar serbuk lada hitam, lada sulah -- kalau suka
-
Hirisan tomato, salad,timun lain-lain sayur jika suka
Cara-caranya:
1. Panaskan
marjerin dan goreng daging lembu tadi dengan api yang keci
2. Setelah
kekuningan/agak masak taburkan garam, lada sulah dan lada hitam serbuk dan goreng
lagi
3. Masukkan
pula bawang putih dan merah - goreng lagi
4. Masukkankan
kiub ayam dan lada sulah - kalo nak boleh rasa
5. Tutup api
dan pukul sekejap telur dalam bekas yang sesuai dan masukkan daging yang telah
siap digoreng tadi - kacau agar telur dan daging bercampur mesra
gitu
6. Lanser
sedikit majerin dalam kuali tadi dan masukkan beberapa sudu telur+daging tadi
- nak jelas lagi tengok gambar kat bawah
7. Belah
roti (tapi jangan putus) dan telangkupkan ke atas telur tadi..tekan-tekan
sedikit biar melekat kemas - ada gambar boleh tengok
8. Terbalikkan
dengan berhati-hati dan masak sebentar
9. Angkat
dan bolehlah hias dengan sayur-sayur, sos cili/tomato dan mayonis
10. Dah boleh
makan….
ari ni tak payah beli nasi lemak
kat warung Mak Kiah...jimat he2
No comments:
Post a Comment
Silakan