Assalam. pirst time buat roti puri ni tak cukupla pulak.Ksian abang terpaksa beralah ngan adik masa makan.Adik biasalah...Jadi yang berikutnya Rose dah buat triple...puas hati.Tapi licinnnn gak he2. Alhamdulillah.Hilang penat menguli n masak.Lupa plak bagi tau...respi sardin tu Rose tambah serbuk kari bagi pedas mengancam sikit.
Aduhai nape la kuning plak gmbo tu..tak pelah yang penting buat double ke triple respi ke...licin he2.
RESEPI ROTI PURI
Tuan Tanah : Yatiezaini (myR)
Sumber:Linapg@Teratak Mutiara Kasih
Olahan : Rose@QasehNurlisa
Bahan-bahan:-
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil yis mauripan
- 1/2 sudu kecil garam*
- 3 sudu makan minyak masak*
- 2 sudu makan gula*(boleh kurangkan jika x suka manis)
- 175ml air panas*
- 40-50ml air(jika perlu)-yg nie saya x guna pun,cuma saya tambah tepung sikit2 sbb adunan lembik
- Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:-
- Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata.Ketepikan.
- Satukan garam,gula,minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur.
- Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung(sedikit semi sedikit).Gaul dgn mengginakan garfu sehingga bercampur sahaja.
- Dengan menggunakan tangan,gaul adunan menjadi seperti serbuk roti/~breadcrumb~
- Jika perlu tambahkan air sedikit2 dan adun sehingga x melekat di tangan n menjadi doh.
- Tutup doh dengan kain bersih yang dilembapkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30 minit.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
- Pastu bolehlah dibahagikan dogh kepada 12 bahagian bulat yang kecil.Agak2lah saiz tu berapa ya.
- Canai doh seperti canai doh kuih karipap.
- Siap utk digoreng..goreng sebijik2 ok...
Tips utk menggoreng:
- Gunakan api yang kecil/sederhana..org cakap kena pandai main api..hehe...kalau guna api yg besar blh mnybbkan roti ni x mengelembong/naik kembong.
- Semasa menggoreng hendaklah disimbah2kan minyak ke atas roti ni..bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan..SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment
Silakan