Assalamualaikum dan selamat sejahter semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua"Ilmu itu harus dimanfaatkan, diajar dan disampaikan kepada orang lain walaupun hanya sepatah kata, kerana ilmu yang menimbun kelak hanya akan merugikan"
Kongsikanlah ilmu-ilmu yang ada di sini dengan seadanya NAMUN semua gambar adalah Hak Milik Peribadi Keluarga Rose@QasehNurlisa.

Translator

Friday, January 31, 2014

Kek Pandan Layer Kastard

Assalamualaikum..bersiaran lagi di pagi yang ceria ini. Pagi tadi, rutin biasa melawat kebun bunga yang tak berapa luas tu he2.Seronok lihat bunga2 dah semakin membesar,berbunga,berbuah dan ada pula yang sudah mula mengeluarkan anak.Pokok pandan pun dah beranak-pinak.Wangi baunya.Saat itu tercetuslah idea nak buat kuih talam pandan ataupun kek pandan.Puas menggugle.. bertemu kasih dengan blog popular Kak Ita.Seperti biasa melihat persembahan Kak Ita buat saya lupa nak guggle lagi.Ternyata Kak Ita pandai memikat penggemar masakan dalam dunia siber dengan seninya yang tersendiri.Pujian ikhlas dari saya yang baru nak berkongsi idea-idea dalam blog kepada Kak Azlita. Jom tengok respi di bawah.



 Kek yang dah siap dibakar

 Kek dipotong kepada 2 bahagian dan dilapis dengan kastard pandan
Taraa...dah siap.Rose taburkan kelapa kering je sebagai hiasannya


RESIPI KEK SPAN PANDAN

Sumber : Kak Azlita Masammanis
Olahan : Rose@QasehNurlisa

Bahan-bahan:
*resepi ini akan menghasilkan 2 biji kek loyang ukuran 8 inc

150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150 gm gula kastor
5 biji telur
80 ml air
4 helai daun pandan
80 ml mentega cair
1 sudu besar ovellete
Pewarna hijau
Pandan emulco (untuk bagi rasa pandan tu lebih 'kaw'


Cara-cara:
1. Daun pandan di gunting halus dan dikisar bersama 80 ml air
2. Tepung di campur bersama baking powder, kemudian diayak
3. Mentegar di cairkan
4.
Satukan, gula kastor, telur, ovellete dan tepung yang telah di ayak     
    bersama baking powder.
5. Dengan kelajuan maksima pukul bahan hingga menjadi putih, ringan dan 
    gebu. Anggaran masa memukul 10 minit
6. Tuangkan air pandan, 1 sudu teh pewarna hijau dan 1 sudu teh pandan 
    emulco.
7. Terus putar dengan kelajuan tinggi
8. Tuangkan mentega cair dan kaup balik adunan hingga rata (kaup balik  

    sahaja..terlebih pukul kek akan jadi mampat/tidak gebu  atau berlubang   
    kata Kak Ita)
   Tuang adunan yang telah siap ke dalam loyang
9. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit.
Kek ini akan mengecut sedikit dan

    turun sedikit masa minit terakhir proses membakar
10.Setelah kek masak segera keluarkan kek dan terus terbalikkan kek atas 

     redai.Ini bagi mengelakkan kek turun oleh tarikan graviti
11.Selepas 10 minit, keluarkan dari loyang dan hias ikut kreativiti.



RESEPI KASTAD PANDAN
Dari:Kak Ita

Bahan A
180 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu makan serbuk agar-agar segera
Bahan B
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau
secubit garam

Untuk hiasan
1 cawan kelapa kering
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. 
Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. 
Masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. 
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. 
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. 
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya. 
Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . 
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.

Tips: Jika lambat melayer dengan kastard,ia akan mengeras.jangan risau, tambahkan santan dan sedikit air dan cairkan semula atas api ya.


Terima kasih sekali lagi pada Kak Ita dan Sweet 4ever atas perkongsian ilmu di atas.














No comments:

Post a Comment

Silakan