Assalamualaikum dan selamat sejahter semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua"Ilmu itu harus dimanfaatkan, diajar dan disampaikan kepada orang lain walaupun hanya sepatah kata, kerana ilmu yang menimbun kelak hanya akan merugikan"
Kongsikanlah ilmu-ilmu yang ada di sini dengan seadanya NAMUN semua gambar adalah Hak Milik Peribadi Keluarga Rose@QasehNurlisa.

Translator

Wednesday, April 9, 2014

Gred A, double AA eggs VS gred C, B eggs

Telurpun ada gred? Sebenarnya gred telur yang berbeza akan menghasilkan kek yang berbeza. Mudah citer jangan abaikan penggunaan gred telur yang ditetapkan dalam sesuatu respi itu kerana jika tersalah guna anda akan TERKEJUT dengan hasilnya. Thanx Evelyn 4 the superb info. Rose sharekan di sini ok.Harap dapat keizinan ya.

Secara amnya, telur adalah salah satu bahan terpenting bila kita hendak membuat kuih, roti, pastri & kek khasnya. Fungsi telur adalah untuk menyebatikan semua bahan2 dalam adunan & melembabkan teksturnya. Sebagai contoh, dalam pembuatan kek coklat, biasanya telur gred A atau double AA yang akan digunakan kerana saiznya yang lebih besar & supaya kek lebih lembap berbanding menggunakan gred telur yang lain. 

Jumlah isipadu kandungan telur juga lebih banyak & menepati kuantiti yang diperlukan dalam resepi kerana jumlah udara dalam telur gred A & double AA kurang berbanding menggunakan telur gred C & B. Jika hendak di terangkan lebih ringkas lagi, sebenarnya telur gred A & double AA mempunyai kuning telur yang lebih besar & kandungan putih telur yang lebih banyak, sesuai untuk membuat meringue, sponge cake & etc....

Tahukan anda telur yang telah lama atau matang (asalkan tidak melebihi tarikh luput) lebih sesuai digunakan untuk membuat kek kerana proteinnya lebih relax. Lebih mudah untuk putih telurnya kembang dan bertanduk apabila dipukul.





No comments:

Post a Comment

Silakan