Apepun mohon dari Rahel yang cun agar saya dapat kongsikan di sini ye.Link Rahel saya dah letak di bawah sebagai tanda terima kasih dan ingatan.Salam ukhwah juga buat chef tersohor Noraini Zakaria.Mohon saya kongsikan moga lebih banyak keberkatannya.
Setelah dipotong untuk dikongsi bersama kawan2 ibu,bapa dan anak-anak.Pakej tu..
Rainbow Cake/Kek Pelangi
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Oleh : Rahel
Olahan : Rose@QasehNurlisa
Bahan bahan:
250g mentega
220g tepung kek (ayak dg 1 sk baking powder)
200g gula kaster
4 biji telur gred A
5 sudu besar air susu (Rose guna susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna yang disukai
Cara cara:
Griskan acuan bulat 8"(Jika nak tinggi gunakan acuan 6"atau 7") Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.
Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.
Ingat ye.Bakar selapis demi selapis..sejukkan dahulu sebelum digabung
Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.
Nota:
Rose guna loyang 8 inci bentuk persegi (6 warna)menggunakan 1 ½ adunan. Kalau mahu 7 warna guna
2 adunan. Jika loyang 9 inci, 2 adunan dan 6 warna.
Krim Mentega
Sumber: Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
150gm mentega
350gm krimwell
180gm sirap gula/susu krimer manis
3 sudu besar gula aising
Cara:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
No comments:
Post a Comment
Silakan