Assalamualaikum dan selamat sejahter semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua"Ilmu itu harus dimanfaatkan, diajar dan disampaikan kepada orang lain walaupun hanya sepatah kata, kerana ilmu yang menimbun kelak hanya akan merugikan"
Kongsikanlah ilmu-ilmu yang ada di sini dengan seadanya NAMUN semua gambar adalah Hak Milik Peribadi Keluarga Rose@QasehNurlisa.

Translator

Friday, January 31, 2014

Ayam Kuzi

Ape menu ari  ni ye. Jemu plak ngan rendang,kari,masak merah (untuk hari ni je la..he2) Ayam Kuzi..emm mcm sedap je.Memanglah.Kalo dah Kak Hanie Liza cakap sedap maknanya memanglah sodap. Kebetulan ari tu masa jalan-jalan di Maidin , adalah hamba Allah ni promote pes kuzi,masak merah,sup tulang,dan gulai kawah. Memandangkan harganya ok, Rose beli beberapa untuk dicuba.Elok sangatlah jumpa respi ayam kuzi masa jalan-jalan kat blog Kak Hanie.Izinkan Rose kongsi di sini ya.Moga akak sentiasa diberkati Allah.
Kak Hanie ada gak letak bahan-bahan buat pes kuzi tapi Rose guna pes aje.Made in Terengganu. Jom tengok bahan-bahannya ya.





KUZI AYAM


Sumber : Kak Hanie Liza
Olahan : Rose@QasehNurlisa

Bahan

1 ekor ayam [potong kecil]
1 cawan susu cair
2 s/b rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 s/b kismis (Rose tak letak)
1 cawan sos tomato
garam
kunyit
minyak

Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti. 


No comments:

Post a Comment

Silakan