Assalamualaikum dan selamat sejahter semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua"Ilmu itu harus dimanfaatkan, diajar dan disampaikan kepada orang lain walaupun hanya sepatah kata, kerana ilmu yang menimbun kelak hanya akan merugikan"
Kongsikanlah ilmu-ilmu yang ada di sini dengan seadanya NAMUN semua gambar adalah Hak Milik Peribadi Keluarga Rose@QasehNurlisa.

Translator

Friday, January 31, 2014

Red Velvet Si Merah Baldu..cheezy yummy

Assalam.. Bertemu lagi di entri kali ini yang dikira dah agak lama tak diupdate..Sana-sini blogger memperkatakan tentang respi kek red velvet cheezy dengan pelbagai penambahbaikan bagi melazatkan lagi rasanya yang sudah sememangya  lazat.Teruja Rose mendengarnya dan tak sabar-sabar nak mencuba.Citernya, pernah buat beberapa kali dulu tapi tak sempat nak deko cun2 dah masuk mulut.Anak-anak memang komentar nombor satu.Tak dipelawapun mereka cepat je nak 'rasa' he2.Tak mengapalah.memang buat untuk dimakanpun kan!
Ada beberapa respi RVC yang dijumpai sewaktu diguggle.Pernah juga tengok live beberapa selebriti demo RVC step by step.Nampak cam senangje ...biasalah tu.Pada Rose, paling menawan ttg RVC yang menggoda tu semestinya warna yang merah bak baldu..teksturnya yang lembap2 digabung dengan rasa lemak berkrim cheese yang membuat kita 'terangkat'.Berat badanpun ikut terangkat sekali..tu yang tak lalu he2.Jadi, berhati-hatilah sebelum masuk ke mulut ya.Jom tengok respi di bawah.Mohon saya share di sini ye Hanna..izinkan ye.




 
First time mendeko...cengginilah jadinya

 Nampak tak kat atas tu ada juntaian cheese...cikit2 je
Rupa kat dalam. Lembap dan moist.Sememeh la plak.Akibat tak sabo tunggu sejuk la tu.Len kali kena sabo dulu ya Rose





RESEPI KEK RED VELVET

resepi asal : kak.nor.annurbeuty
sumber : hannamemories

Olahan : Rose@QasehNurlisa

Bahan-bahan
  • 250g tepung kek (atau guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
  • 1/2 sdt garam 15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko
  • 113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
  • 160g gula kastor
  • 2 biji telur -gred A
  • 1 sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri
  • 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk
  • 2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat

Cara membuat buttermilk

  • Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.
  • Boleh juga menggunakan yogurt plain.


Cara membuat kek
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.





No comments:

Post a Comment

Silakan