Assalamualaikum dan selamat sejahter semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua"Ilmu itu harus dimanfaatkan, diajar dan disampaikan kepada orang lain walaupun hanya sepatah kata, kerana ilmu yang menimbun kelak hanya akan merugikan"
Kongsikanlah ilmu-ilmu yang ada di sini dengan seadanya NAMUN semua gambar adalah Hak Milik Peribadi Keluarga Rose@QasehNurlisa.

Translator

Friday, January 31, 2014

Hokkaido Chiffon Cake...selembut sifon

Salam bersiaran lagi.Kali ini nak cuba respi hokkaido chiffon cake dari blog Rahel.Mohon saya share di sini ye.Moga Rahel bertambah-tambah rezekinya.Ada dua respi yang boleh didapati dalam blog famous Rahel tapi Rose gunakan yang intinya kastard sebab anak-anak suka.Juga boleh letak inti ganache jika suka di blog Rahel.Cubaan yang pertama sebenarnya tapi tidak mengecewakan kerana tekstur keknya yang soft..gebu gebas gitu.Bila dikorek pula wau..dalamnya ada creamy kastard filling.Untuk hiasan Rose gunakan cheese yang dipukul bersama sedikit whipping cream.Jadi ada 3rasa:gebu+kastard+cheese.Amacam? ada berannn? Mari lihat respinya di bawah.



 Swirl atas cup cake tu cheese+whipping cream yang dipukul sedikit.Jika tidak suka,boleh je paipkan sedikit kastard yang dibuat untuk inti dalam tadi ok
Tekstur atas cup cake mengeras sedikit mungkin kerana suhu oven terlalu kuat


Hokkaido Chiffon Cup Cake
 
Olahan : Rose@QasehNurlisa 

Bahan A:
4 biji putih telur
1 st garam
80g gula halus

*putar sehingga menjadi kental (meringue)

Bahan B:
4 biji kuning telur
30g gula kastor
1 st esen vanila
40ml minyak jagung
40ml susu segar

Bahan C:
55g tepung kek
20g tepung custard
1 st baking powder

Cara-cara:
1.Ayak tepung kek,tepung custard dan baking powder.
2.Pukul kuning telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan minyak dan susu segar.
4.Masukkan tepung dan gaul sebati.
5.Satukan adunan tepung dan meringue dengan kaedah kaup balik.
6.Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh (80% cup dan hentakkan cup untuk mengurangkan - gelembung udara di dalam kek).
7.Bakar pada suhu 170'C selama 15 minit atau sehingga masak kekuningan.

Bahan Custard:
1 sudu besar tepung custard
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

*Satukan bahan dan masak hingga adunan pekat dan berkilat (masak atas double boiler).
*Bancuh tepung dg 50ml susu segar dahulu baru satukan semua bahan.
*Sentiasa mengacau filling custard ini untuk mendapatkan filling custard yang licin.
*Setelah masak sejukkan sebentar custard filling ini.
*Setelah kek masak dan kek telah sejuk picit custard di tengah2 kek.Cucuk noozle ke dalam dan picit.

No comments:

Post a Comment

Silakan