Assalamualaikum dan selamat sejahter semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua"Ilmu itu harus dimanfaatkan, diajar dan disampaikan kepada orang lain walaupun hanya sepatah kata, kerana ilmu yang menimbun kelak hanya akan merugikan"
Kongsikanlah ilmu-ilmu yang ada di sini dengan seadanya NAMUN semua gambar adalah Hak Milik Peribadi Keluarga Rose@QasehNurlisa.

Translator

Friday, January 31, 2014

Vanilla Kek Blueberry Filling Yummylicious

Assalamualaikum. Soalan pertama nak tanya..tau tak harga satu slice kek blueberry? Tak tau..tak taukan..RM5.60!! Fullamak kalo 10 dah berapa.Alamat kempunanlah kak cik mak cik adik kecik nak makan kek ni puas2.Jilat jari ajelah.1 keping mana cukup hu2. Sudahlah tu..tok sah nangis.Jom jalan ke blog Madiha aka Ratna untuk share respinya. Dengan izin ye Kak Madiha dan Rahel.Saya kongsikan di sini supaya peminat tegar kek blueberry dapat buat sebiji kek blueberry ini dan makan sepuasnya..oopps.. seadanya ya.




Sponge Cake With Blueberry Filling

MaDiHaA adaptasi dari resepi Kek Span Coklat (Noraini Zakaria)
Sumber : Rahel

Bahan:
240g tepung kek/tepung superfine
130g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila

Cara:
 
1. Panaskan oven. Griskan acuan. Alas dasar acuan dgn baking paper.
2. Pukul telur, gula, ovallet, tepung s'fine, BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Perlahankan mixer, masukkan susu cair & esen vanilla. Teruskan lagi memukul selama 5 minit. Tuangkan minyak & gaul sebati.
4. Tuang ke dalam acuan. Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5. Bila kek sudah masak, telangkupkan (atas redai) selama 5 minit. Keluarkan kek & boleh dihidangkan atau dihias dengan aising kegemaran.
 

Blueberry Cake (Sponge Cake)
Bahan2
1 biji kek span vanila (seperti resepi di atas)
Filling blueberry secukupnya
500 ml fresh cream/ non diary whipping cream

Bahan sirap lemon (sapu sebelum letak bluberry filling dan fresh cream atas sekali)
30 gm gula pasir
150 ml air suam
1 biji lemon (ambil jusnya)

Cara menyediakan
1. Sediakan dahulu kek span vanila (seperti resepi di atas) & sejukkan dahulu kek.  Sementara itu.. sediakan sirap lemon dengan melarutkan gula dalam air suam & campurkan dengan jus lemon. Ketepikan dahulu.
2. Putar fresh cream/whpping cream sehingga gebu. Jangan terlalu lama memutar, berhenti bila nampak fresh cream dah gebu & kaku.
3. Kek span vanilla di belah/potong kepada 3 lapisan. 
4. Letakkan satu lapis kek di atas papan kek.  Basahkan lapisan kek dengan sirap lemon menggunakan berus kuih sehingga permukaan kek agak basah. Kemudian sapukan di atas kek dengan lapisan nipis bluberry filling & akhir sekali sapukan pula dengan fresh cream.
5. Lapiskan pula dengan lapisan kedua kek & ulang proses yang sama seperti step no. 4 di atas. Teruskan dengan lapisan ke tiga tetapi untuk lapisan ketiga atau yang terakhir ini cukup sekadar dibasahkan dengan sirap lemon sahaja di atas permukaan kek.
 6. Sapukan keseluruhan kek dengan fresh cream & licinkan fresh cream tersebut.. Hiaskan dengan lebihan blueberry filling di atas kek.



Bahagikan kek kepada 3 bahagian ( gunakan pisau atau benang).Jika tidak yakin mudah je..bahagikan adunan kepada 3 dan bakar selapis demi selapis.Selamat bukan!

 Sapukan sirap lemon hingga keseluruhan kek basah.Sapukan jem blueberry dan susun buah blueberry di atasnya.Terlupa snap gambar masa ni

Paipkan whipp cream di atas blueberry filling dan buah blueberry tadi hingga tutup kesemua bahagian
 Akhirnya sapukan keseluruhan kek dengan whipp cream dan sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan

 Dahpun siap..silakanlah semua

Kek Pandan Layer Kastard

Assalamualaikum..bersiaran lagi di pagi yang ceria ini. Pagi tadi, rutin biasa melawat kebun bunga yang tak berapa luas tu he2.Seronok lihat bunga2 dah semakin membesar,berbunga,berbuah dan ada pula yang sudah mula mengeluarkan anak.Pokok pandan pun dah beranak-pinak.Wangi baunya.Saat itu tercetuslah idea nak buat kuih talam pandan ataupun kek pandan.Puas menggugle.. bertemu kasih dengan blog popular Kak Ita.Seperti biasa melihat persembahan Kak Ita buat saya lupa nak guggle lagi.Ternyata Kak Ita pandai memikat penggemar masakan dalam dunia siber dengan seninya yang tersendiri.Pujian ikhlas dari saya yang baru nak berkongsi idea-idea dalam blog kepada Kak Azlita. Jom tengok respi di bawah.



 Kek yang dah siap dibakar

 Kek dipotong kepada 2 bahagian dan dilapis dengan kastard pandan
Taraa...dah siap.Rose taburkan kelapa kering je sebagai hiasannya


RESIPI KEK SPAN PANDAN

Sumber : Kak Azlita Masammanis
Olahan : Rose@QasehNurlisa

Bahan-bahan:
*resepi ini akan menghasilkan 2 biji kek loyang ukuran 8 inc

150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150 gm gula kastor
5 biji telur
80 ml air
4 helai daun pandan
80 ml mentega cair
1 sudu besar ovellete
Pewarna hijau
Pandan emulco (untuk bagi rasa pandan tu lebih 'kaw'


Cara-cara:
1. Daun pandan di gunting halus dan dikisar bersama 80 ml air
2. Tepung di campur bersama baking powder, kemudian diayak
3. Mentegar di cairkan
4.
Satukan, gula kastor, telur, ovellete dan tepung yang telah di ayak     
    bersama baking powder.
5. Dengan kelajuan maksima pukul bahan hingga menjadi putih, ringan dan 
    gebu. Anggaran masa memukul 10 minit
6. Tuangkan air pandan, 1 sudu teh pewarna hijau dan 1 sudu teh pandan 
    emulco.
7. Terus putar dengan kelajuan tinggi
8. Tuangkan mentega cair dan kaup balik adunan hingga rata (kaup balik  

    sahaja..terlebih pukul kek akan jadi mampat/tidak gebu  atau berlubang   
    kata Kak Ita)
   Tuang adunan yang telah siap ke dalam loyang
9. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit.
Kek ini akan mengecut sedikit dan

    turun sedikit masa minit terakhir proses membakar
10.Setelah kek masak segera keluarkan kek dan terus terbalikkan kek atas 

     redai.Ini bagi mengelakkan kek turun oleh tarikan graviti
11.Selepas 10 minit, keluarkan dari loyang dan hias ikut kreativiti.



RESEPI KASTAD PANDAN
Dari:Kak Ita

Bahan A
180 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu makan serbuk agar-agar segera
Bahan B
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau
secubit garam

Untuk hiasan
1 cawan kelapa kering
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. 
Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. 
Masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. 
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. 
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. 
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya. 
Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . 
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.

Tips: Jika lambat melayer dengan kastard,ia akan mengeras.jangan risau, tambahkan santan dan sedikit air dan cairkan semula atas api ya.


Terima kasih sekali lagi pada Kak Ita dan Sweet 4ever atas perkongsian ilmu di atas.














Kek Rainbow aka Pelangi Ceria2

Salam ukhwah.N3 kali ini tak lain tak bukan citer tentang kek pelangi lagi.Bukan senang nak tengok pelangi selalukan.Lepas hujan baru ada, itupun kalo bernasib baik dapat tengok.Tapi kek pelangi boleh dibuat pada bila-bila masa jika ada kemahuan dan sedikit kesabaran.Almaklumlah..nak tunggu 6 atau 7 lapis tu siap bakar..melapis satu-satu dan mendeko.Fuhhh..kalo tak sabo,tak menjadilah kek pelangi puan-puan.Eceh..macam dah terror beno he2 padahal baru beberapa kali je buat.Bila cukup sabo + kemahuan tinggi he2.Tak percaya cubalah ya.Kali ini Rose gunakan loyang 8" bulat

Rainbow Cake/Kek Pelangi
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Oleh : Rahel
Olahan : Rose@QasehNurlisa



Hasil akhir. Bagi semangat sape2 nak cuba buat tu. Boleh...yakin boleh ya

 
 Bab melayer ni (setelah dibakar selapis demi selapis ) seronok juga.Sambil tu boleh nyanyi 'Kekku bertingkek-tingkek' ):

 Pandangan dari atas.Jenuh jugalah berjengket ambik view dari atas ni.Sayuuuup!

 Jom makan dengan Rose. Kongsi satu layer sorang boleh?



Dah puas jamu mata, ape kate cuba buat plak.Respi? Ada di sini

Kek Rainbow aka Pelangi Ceria

Assalamualaikum. Moga hari ini lebih baik dar semalam dan semalam lebih baik dari hari sebelumnya.InsyaAllah.Sama-samalah kita berdoa ye. N3 ari ni dah lama dibuat tapi macam biasalah tidak berkesempatan nak posting.Tak yahlah citer panjang-panjang tentang sebab-musababnya..nanti ada yang kata a..l..a..s..a..n. Memang betulpun alasan tapi betul2 sibuk.Ha..ha..kan dah mula nak senaraikan alasan. Jadi, tak mo cakap pasal tulah. Semangat betul nak kongsi pasal kek rainbow aka pelangi ni.Kali pertama buat setelah malas berpanjangan.Semangat kembali berkobar bila oven Zanussiku dibuka penutup berendanya setelah sekian kalinya he2.Maka, bermulalah kembali aktiviti mengekek,mengepuf,mengcupcake ...Ya Allah hai.Rosak bahasa.Mintak ampun maaf ye.Tak berniatpun camtu.
Apepun mohon dari Rahel yang cun agar saya dapat kongsikan di sini ye.Link Rahel saya dah letak di bawah sebagai tanda terima kasih dan ingatan.Salam ukhwah juga buat chef tersohor Noraini Zakaria.Mohon saya kongsikan moga lebih banyak keberkatannya.





Setelah dipotong untuk dikongsi bersama kawan2 ibu,bapa dan anak-anak.Pakej tu..

Rainbow Cake/Kek Pelangi
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Oleh : Rahel
Olahan : Rose@QasehNurlisa


Bahan bahan:

250g mentega

220g tepung kek (ayak dg 1 sk baking powder)

200g gula kaster

4 biji telur gred A

5 sudu besar air susu (Rose guna susu segar)

1 sudu kecil esen vanilla

Pewarna yang disukai



Cara cara:

Griskan acuan bulat 8"(Jika nak tinggi gunakan acuan 6"atau 7") Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.


Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.

Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.

Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.
Ingat ye.Bakar selapis demi selapis..sejukkan dahulu sebelum digabung



Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.




Nota:

Rose guna loyang 8 inci bentuk persegi (6 warna)menggunakan 1 ½ adunan. Kalau mahu 7 warna guna 2 adunan. Jika loyang 9 inci, 2 adunan dan 6 warna.





Krim Mentega

Sumber: Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria



150gm mentega

350gm krimwell

180gm sirap gula/susu krimer manis

3 sudu besar gula aising



Cara:

Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.


Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan.








Hokkaido Chiffon Cake...selembut sifon

Salam bersiaran lagi.Kali ini nak cuba respi hokkaido chiffon cake dari blog Rahel.Mohon saya share di sini ye.Moga Rahel bertambah-tambah rezekinya.Ada dua respi yang boleh didapati dalam blog famous Rahel tapi Rose gunakan yang intinya kastard sebab anak-anak suka.Juga boleh letak inti ganache jika suka di blog Rahel.Cubaan yang pertama sebenarnya tapi tidak mengecewakan kerana tekstur keknya yang soft..gebu gebas gitu.Bila dikorek pula wau..dalamnya ada creamy kastard filling.Untuk hiasan Rose gunakan cheese yang dipukul bersama sedikit whipping cream.Jadi ada 3rasa:gebu+kastard+cheese.Amacam? ada berannn? Mari lihat respinya di bawah.



 Swirl atas cup cake tu cheese+whipping cream yang dipukul sedikit.Jika tidak suka,boleh je paipkan sedikit kastard yang dibuat untuk inti dalam tadi ok
Tekstur atas cup cake mengeras sedikit mungkin kerana suhu oven terlalu kuat


Hokkaido Chiffon Cup Cake
 
Olahan : Rose@QasehNurlisa 

Bahan A:
4 biji putih telur
1 st garam
80g gula halus

*putar sehingga menjadi kental (meringue)

Bahan B:
4 biji kuning telur
30g gula kastor
1 st esen vanila
40ml minyak jagung
40ml susu segar

Bahan C:
55g tepung kek
20g tepung custard
1 st baking powder

Cara-cara:
1.Ayak tepung kek,tepung custard dan baking powder.
2.Pukul kuning telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan minyak dan susu segar.
4.Masukkan tepung dan gaul sebati.
5.Satukan adunan tepung dan meringue dengan kaedah kaup balik.
6.Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh (80% cup dan hentakkan cup untuk mengurangkan - gelembung udara di dalam kek).
7.Bakar pada suhu 170'C selama 15 minit atau sehingga masak kekuningan.

Bahan Custard:
1 sudu besar tepung custard
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

*Satukan bahan dan masak hingga adunan pekat dan berkilat (masak atas double boiler).
*Bancuh tepung dg 50ml susu segar dahulu baru satukan semua bahan.
*Sentiasa mengacau filling custard ini untuk mendapatkan filling custard yang licin.
*Setelah masak sejukkan sebentar custard filling ini.
*Setelah kek masak dan kek telah sejuk picit custard di tengah2 kek.Cucuk noozle ke dalam dan picit.

Red Velvet Si Merah Baldu..cheezy yummy

Assalam.. Bertemu lagi di entri kali ini yang dikira dah agak lama tak diupdate..Sana-sini blogger memperkatakan tentang respi kek red velvet cheezy dengan pelbagai penambahbaikan bagi melazatkan lagi rasanya yang sudah sememangya  lazat.Teruja Rose mendengarnya dan tak sabar-sabar nak mencuba.Citernya, pernah buat beberapa kali dulu tapi tak sempat nak deko cun2 dah masuk mulut.Anak-anak memang komentar nombor satu.Tak dipelawapun mereka cepat je nak 'rasa' he2.Tak mengapalah.memang buat untuk dimakanpun kan!
Ada beberapa respi RVC yang dijumpai sewaktu diguggle.Pernah juga tengok live beberapa selebriti demo RVC step by step.Nampak cam senangje ...biasalah tu.Pada Rose, paling menawan ttg RVC yang menggoda tu semestinya warna yang merah bak baldu..teksturnya yang lembap2 digabung dengan rasa lemak berkrim cheese yang membuat kita 'terangkat'.Berat badanpun ikut terangkat sekali..tu yang tak lalu he2.Jadi, berhati-hatilah sebelum masuk ke mulut ya.Jom tengok respi di bawah.Mohon saya share di sini ye Hanna..izinkan ye.




 
First time mendeko...cengginilah jadinya

 Nampak tak kat atas tu ada juntaian cheese...cikit2 je
Rupa kat dalam. Lembap dan moist.Sememeh la plak.Akibat tak sabo tunggu sejuk la tu.Len kali kena sabo dulu ya Rose





RESEPI KEK RED VELVET

resepi asal : kak.nor.annurbeuty
sumber : hannamemories

Olahan : Rose@QasehNurlisa

Bahan-bahan
  • 250g tepung kek (atau guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
  • 1/2 sdt garam 15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko
  • 113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
  • 160g gula kastor
  • 2 biji telur -gred A
  • 1 sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri
  • 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk
  • 2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat


Cara membuat buttermilk

  • Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.
  • Boleh juga menggunakan yogurt plain

Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
1 sudu besar jus perahan lemon



Cara membuat kek

  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.





Red Velvet Si Merah Baldu..cheezy yummy

Assalam.. Bertemu lagi di entri kali ini yang dikira dah agak lama tak diupdate..Sana-sini blogger memperkatakan tentang respi kek red velvet cheezy dengan pelbagai penambahbaikan bagi melazatkan lagi rasanya yang sudah sememangya  lazat.Teruja Rose mendengarnya dan tak sabar-sabar nak mencuba.Citernya, pernah buat beberapa kali dulu tapi tak sempat nak deko cun2 dah masuk mulut.Anak-anak memang komentar nombor satu.Tak dipelawapun mereka cepat je nak 'rasa' he2.Tak mengapalah.memang buat untuk dimakanpun kan!
Ada beberapa respi RVC yang dijumpai sewaktu diguggle.Pernah juga tengok live beberapa selebriti demo RVC step by step.Nampak cam senangje ...biasalah tu.Pada Rose, paling menawan ttg RVC yang menggoda tu semestinya warna yang merah bak baldu..teksturnya yang lembap2 digabung dengan rasa lemak berkrim cheese yang membuat kita 'terangkat'.Berat badanpun ikut terangkat sekali..tu yang tak lalu he2.Jadi, berhati-hatilah sebelum masuk ke mulut ya.Jom tengok respi di bawah.Mohon saya share di sini ye Hanna..izinkan ye.




 
First time mendeko...cengginilah jadinya

 Nampak tak kat atas tu ada juntaian cheese...cikit2 je
Rupa kat dalam. Lembap dan moist.Sememeh la plak.Akibat tak sabo tunggu sejuk la tu.Len kali kena sabo dulu ya Rose





RESEPI KEK RED VELVET

resepi asal : kak.nor.annurbeuty
sumber : hannamemories

Olahan : Rose@QasehNurlisa

Bahan-bahan
  • 250g tepung kek (atau guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
  • 1/2 sdt garam 15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko
  • 113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
  • 160g gula kastor
  • 2 biji telur -gred A
  • 1 sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri
  • 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk
  • 2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat

Cara membuat buttermilk

  • Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.
  • Boleh juga menggunakan yogurt plain.


Cara membuat kek
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.





Ayam Kuzi

Ape menu ari  ni ye. Jemu plak ngan rendang,kari,masak merah (untuk hari ni je la..he2) Ayam Kuzi..emm mcm sedap je.Memanglah.Kalo dah Kak Hanie Liza cakap sedap maknanya memanglah sodap. Kebetulan ari tu masa jalan-jalan di Maidin , adalah hamba Allah ni promote pes kuzi,masak merah,sup tulang,dan gulai kawah. Memandangkan harganya ok, Rose beli beberapa untuk dicuba.Elok sangatlah jumpa respi ayam kuzi masa jalan-jalan kat blog Kak Hanie.Izinkan Rose kongsi di sini ya.Moga akak sentiasa diberkati Allah.
Kak Hanie ada gak letak bahan-bahan buat pes kuzi tapi Rose guna pes aje.Made in Terengganu. Jom tengok bahan-bahannya ya.





KUZI AYAM


Sumber : Kak Hanie Liza
Olahan : Rose@QasehNurlisa

Bahan

1 ekor ayam [potong kecil]
1 cawan susu cair
2 s/b rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 s/b kismis (Rose tak letak)
1 cawan sos tomato
garam
kunyit
minyak

Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti. 


Roti Puri cicah kari sardin pedas...wallla


Assalam. pirst time buat roti puri ni tak cukupla pulak.Ksian abang terpaksa beralah ngan adik masa makan.Adik biasalah...Jadi yang berikutnya Rose dah buat triple...puas hati.Tapi licinnnn gak he2. Alhamdulillah.Hilang penat menguli n masak.Lupa plak bagi tau...respi sardin tu Rose tambah serbuk kari bagi pedas mengancam sikit.

Aduhai nape la kuning plak gmbo tu..tak pelah yang penting buat double ke triple respi ke...licin he2.

RESEPI ROTI PURI
Tuan Tanah : Yatiezaini (myR)
Sumber:Linapg@Teratak Mutiara Kasih

Olahan : Rose@QasehNurlisa
Bahan-bahan:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam*
  • 3 sudu makan minyak masak*
  • 2 sudu makan gula*(boleh kurangkan jika x suka manis)
  • 175ml air panas*
  • 40-50ml air(jika perlu)-yg nie saya x guna pun,cuma saya  tambah tepung sikit2 sbb adunan lembik
  • Minyak untuk menggoreng



Cara-caranya:-
  1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata.Ketepikan.
  2. Satukan garam,gula,minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung(sedikit semi sedikit).Gaul dgn mengginakan garfu sehingga bercampur sahaja.
  4. Dengan menggunakan tangan,gaul adunan menjadi seperti serbuk roti/~breadcrumb~
  5. Jika perlu tambahkan air sedikit2 dan adun sehingga x melekat di tangan n menjadi doh.
  6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembapkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30 minit.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
  7. Pastu bolehlah dibahagikan dogh kepada 12 bahagian bulat yang kecil.Agak2lah saiz tu berapa ya.
  8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap.
  9. Siap utk digoreng..goreng sebijik2 ok...

Tips utk menggoreng:
  • Gunakan api yang kecil/sederhana..org cakap kena pandai main api..hehe...kalau guna api yg besar blh mnybbkan roti ni x mengelembong/naik kembong.
  • Semasa menggoreng hendaklah disimbah2kan minyak ke atas roti ni..bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan..SELAMAT MENCUBA