Assalamualaikum dan selamat sejahter semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua"Ilmu itu harus dimanfaatkan, diajar dan disampaikan kepada orang lain walaupun hanya sepatah kata, kerana ilmu yang menimbun kelak hanya akan merugikan"
Kongsikanlah ilmu-ilmu yang ada di sini dengan seadanya NAMUN semua gambar adalah Hak Milik Peribadi Keluarga Rose@QasehNurlisa.

Translator

Tuesday, December 17, 2013

Rose dan bunga...Philodendron

PHILODENDRON SELLOUM LACY TREE


Pokok philodendron ini (nama melayunya Rose tak pasti) disarankan ditanam di dalam rumah...dalam pasulah ya.Pokok ini mampu membersihkan udara persekitaran rumah. Pernah dikategorikan sebagai "NASA's shortlist of best air-purifying houseplants". Sesuai terdedah kepada matahari penuh mahupun separuh teduh seperti di balkoni, bawah pokok-pokok yang besar, di tepi kolam ataupun lokasi dalam rumah yangmendapat sedikit cahaya. Kehadirannya juga 'melembutkan' suasana interior  design rumah  yang 'berat' dan 'sarat'. Tidak perlu disiram hari-hari.Cukup sekadar 2 hari sekali atau apabila perlu sahaja. Dibiarkan tumbuh begitu sahaja membolehkan batang-batang pokoknya membentuk lingkaran seni liuk-lentoknya yang tersendiri dengan bentuk daun yang kembang  bagai jari.  

Mee Goreng Mamak...Satu!!

Assalam.....
Pagi ni cadang nak masak menu simple dimple...mee goreng mamak.Alkisahnya, semalam waktu balik dari window shopping  si kecik mintak singgah pekena teh tarik ngan mee goreng mamak kat Warung Mamak Ghani. Ramai gak la pelanggan kedai tu.Bukan tak ada  pilihan lain..roti telur ke..tosei ke..roti nan ke..tapi mee mamak juga nampak mengancam.Jadi, sebelum ngap sempat snap pic dia.Saje2 nak banding ngan mee mamak yg kita wat nanti.Tak ada niatpun nak lawan M..A..M..A..K. Yang penting famili kata sedapkan!
Jom tengok bahan-bahannya.




Mee Goreng Mamak
Resipi dan olahan: Rose@QasehNurlisa


Bahan-bahan:

1kg mee kuning
6 ulas bawang merah+ 2 ulas bawang putih (kisar)
Isi ayam secukupnya (potong ikut suka)
Udang kering sedikit ( kisar -ni sebenarnya yang kasi rasa mee mamak ori tu)
3 sudu besar cili giling ( cili boh pun boleh)
Air sedikit untuk bagi sebati mee dan bahan tumisan
1 keping tauhu,1 keping fish cake,6 biji fish ball (potong dan goreng dahulu)
Sayur-sayuran: cili hijau dan tomato (potong nipis), kentang (sebiji-rebus dan potong kecil), taugeh,sawi
3 biji telur,  minyak , garam, kicap manis , sos tiram

Caranya
1. Tumis bawang merah,putih, udang kisar dan masukkan cili giling
2. Masak hingga pecah minyaknya.
3. Masukkan kicap, sos tiram, garam dan sedikit air
4. Masukkan ayam dan goreng lagi
5. Masukkan mee kuning, fish cake, fish ball, tauhu goreng dan sayuran tadi.Goreng lagi hingga mesra.
6. Buat satu lubang di tengah mee dan pecahkan telur.Kuatkan sikit api dan kacau     telur cepat2 supaya  jd hancur
7. Kecilkan api  dah gaul dengan mee tadi. 
    Siap untuk dimakan.Mare..mare..mare


Friday, December 13, 2013

Rose dan Bunga...Bunga Melur@Jasmin

      BUNGA MELUR / JASMINUM SAMBAC


Bunga Melur oleh Rose@QasehNurlisa



Bunga Melur (nama saintifik: Jasminium Sambac). Pokok ini jenis pokok sesemak dan boleh memanjat. Di rumah Rose ada sepokok je dalam pasu. Suka tengok bunganya yang putih seperti bunga susun kelapa. Sangat sesuai dan hidup subur dalam matahari penuh. Hampir setahun dah usia bunga ni.Senang dijaga.Bila lapang, gunting je mana-mana yang layu.Baja ikut masa...cantik mekar bunganya nanti beranak-pinak. Pembiakannya menggunakan cara keratan batang.Selain mempunyai bau yang wangi, pokok ini juga sesuai dijadikan pokok pagaran .Daun dan bunganya juga dipercayai mempunyai khasiat perubatan. Murah juga harganya dalam 6 - 7 ringgit sahaja.

Thursday, December 12, 2013

Puding Roti Keju Dengan Sos Kastard

Assalam...Kalau ada lebihan roti di dapur jangan dibuang ye.Roti yang dah hampir tarikh luput misalnya boleh dimanfaatkan menjadi puding roti keju.Enaknya dimakan dengan sos kastard.Mudah je resipinya.Biasanya Rose mintak anak-anak perempuan yang semakin membesar tu buat step by step. Ibu duduk sebelah jadi pemantau.Siap pegang senduk lagi he..he..tak adalah. Ingat lagi pesan arwah mak..walau setinggi dan sebesar manapun jawatan dankedudukan kita...perempuan tetap perlu  tau memasak. Itulah antara sebab anak-anak diajar ke dapur bila saja masa terluang.Pengalaman mengajar kita, orang yang selalu ke dapur ni murah rezeki dan senang hidupnya.Betul tak? Melalut plak..balik kisah puding ni 'laku' kalau dimakan suam-suam dengan sos kastard dari peti ais.Suam+sejuk...erm..sedap.Pas tu minum pulak teh o panas atau ais ke.Ikut la rasa masing-masing ye.Resipi di bawah panduan sahaja.Ubahsuailah mana perlu esp bahan apa yang ada di dapur he2. 



Loyang kecik je tu. Bila dah siap bakar.

Bila dah potong. Curahkan sos kastard...nampak mewah, Yummy..yummy


Puding Roti Keju dgn Sos Kastard


Resipi dan olahan: Rose@QasehNurlisa
Bahan-bahannya: 

  • 8-10 keping roti gadenia ( roti berbuku tupun boleh juga)
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cwn gula perang
  • 250gm Krim Cheese (Rose guna brand Tatura)
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu esen vanilla
  • Kismis/buah campur untuk hiasan

Caranya


  1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam bekas. 
  2. Masukkan susu segar dan rendam sekejap lebih kurang 10 minit.
  3. Sementara itu, pukul krim cheese hingga gebu dan  masukkan  telur
  4. Masukkan gula perang + esen vanilla
  5. Masukkan roti yang telah direndam dalam susu tadi ke dalam loyang pembakar. (Griskan loyang dengan sedikit mentega)
  6. Tuang cream cheese tadi ke atas roti 
  7. Hiaskan dgn kismis/buah campur
  8. Bakar dlm oven selama 20 minit-30 minit = 180 'C
  9. Tunggu sejuk..baru potong. 

Bahan-bahan Sos Kastard:
1 tin susu cair
2 sudu kastard (Tambah pewarna kuning jika mahu)
3 sudu gula
1 sudu kecil esen vanilla
Caranya: Masak semua bahan dengan api kecil hingga pekat berkilat.

Lamb Chop


A very good morning n salam pagi damai yang syahdu....ahaa..kalau intro camni mesti ada N3 spesel akan muncul tuk menu hari ni.Bukannya apa..dah agak lama juga dapur ni tak dijengah menu barat. Hah! Lamb Chop? Chicken Chop? Eeeeee...Selalunya ngeri ibu2 bila sebut menu baratkan.Nak memerap lagi..buat sos lagi..coleslaw n kentang putar bagai.Huh! semput dibuek eh. Tapi Rose beruntung dan tak fenin kepala sebab dah merancang dari awal lagi.Beli je daging ari tu terus cuci dan buat bahan perapannya.Tolak portion hari ni...ada baki lagi tuk lunch ala western mungkin minggu depan kot. Sekalung terima kasih pada Kak Ita  Masam Manis dengan resepi istimewa Chef Amir.Moga dimurahkan rezki kerana sudi berkongsi ilmu dengan ibu2 seperti Rose yang suka menyajikan menu-menu tuk menggembirakan seisi keluarga. Kali ni Rose ikut seratus peratus resipi tu sebab nak cuba rasa baru.Ternyata tak sia-sia kumpul bahan dan buat perapannya.Chef Class gitu!Anak-anakpun puji sosnya yang malatop..sebijik yang dijual dikedai tu..kata anak-anak. Alhamdulillah.Buat pulak coleslaw dan kentang putar ala kfc tu..maka bermenu baratlah kami sekeluarga ari tu cuma tak sembang slang omputeh je he..he..Rose mohon share resipi spesel tu di sini.Kredit untuk Kak Ita dan Chef Amir skali lagi. Jom tengok resipi kat bawah.


Taraaa...siap pun nyum nyum.Masa nak snap tu tak sempat letak mayonis dan sos sebab semua dah lapar he2.Paling best..part sos dia tu..wallah..anak-anak siap buat berger ayam plak makan dengan sos tu waktu makan malam.Emm best!


LAMB CHOP
Resepi : Chef Amer Hamzah 
Sumber Resepi:-Kak Azlita

10 keping kambing Lamb Shoulder

Bahan Perapan
8 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah India
1 batang serai
130 gm minyak jagung atau Olive Oil
70 gm air
30 gm lada hitam biji
40 gm gula pasir atau Brown Sugar
5 gm Paprika
10 gm serbuk Stock Perang ~ Jenama Knor
50 gm sos HP original
25 gm Yellow Mustard
2 gm Tyme
2 gm Rosemary
10 gm garam ( Rose tak letak sebab husben bimbang masin)

Bawang putih, bawang merah, serai, minyak jagung dan air di kisar bersama hingga halus
Lada hitam biji di tumbuk atau dikisar kasar
Campurkan semua bahan perapan kecuali Rosemary
Bila dah sebati baru masukkan Rosemary
Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian
Susun dalam bekas dan perap semalaman

BLACK PEPPER SAUCE
Resepi : Chef Amer Hamzah
Sumber Resepi-:Kak Azlita
40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu 
Cara-cara-:
Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar 
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air

Mula-mula kita panaskan mentega
Ita tambahkan sedikit minyak olive oil
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
Masukkan  lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata







Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalam.. hari ini apa khabar.Moga sihat dan sejahtera selalu.Semalam Rose jalan2 di internet cari resepi kek coklat yang baru.Yang moist berkrim tu dah selalu buat jadi nak yang versi lain plak. Nak dijadikan cerita tersinggah kat umah teratak mutiara kasih oleh linapg dan tertarik ngan kek coklat lapis krim cheese kukus tu. Pas ketuk pintu umah baru buat kek ni. Betul kata linpg, tengok gambar kek ni terus jatuh cinta. Pun senang je buat kek ni..gerenti jadi.Bahan-bahannya pun ada kat dapur tu godek2.Pas siap kukus je terus ngap..ngap..tak sabar nak rasa.lembut, lemak2 cheese dan sedap rasa kokonya. Bila simpan dalam peti ais lagi sedap rasanya dan rupanyapun mantain cantik..ganding ngan air teh o panas..ermm..nyum..nyum. Jom tengok resepinya..mohon share kat sini ye linapg.Rose ikut resepi asal kecuali koko dan baking soda je ubah sikit.


 Atas rupa kek lapis bila dah siap masak. Nipis je kan..len kali nak try buat dalam loyang kecil sikit bagi tebal kejadiannya. Kat bawah gambar kek dah dipotong.
Warna coklat selang ngan krim cheese nampak glam gitu.Cuba buat ye.


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Rujukan Dari Sifu : Yatie Ratu Talam n Hana n linapg
(Loyang 8x8x3)

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus - lina pg gn 50g
  • 1 biji telur gread A
  • 1 sudu besar air - lina pg guna susu cair
  • 1 sk jus lemon
  • 1 sudu besar tpng gandum - lina pg gn tepung Hong Kong
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko* (lina pg n Rose gn 1/2 cawan)
  • 1 sudu kecil baking soda* (lina pg n Rose gn 1/2 sk)
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian untuk selang seli ngan lapis cheese nanti
CARA MEMASAK
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.(Last punya lina pg kukus selama 30min)
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
    He2.. Tak sempat nak ikut no.6 tu..tak sabar..potong terus ngap...sedap yummy!

Tuesday, December 3, 2013

Puding Karamel Tanpa Telur


Assalamualaikum,
Banyak-banyak jenis puding, puding karamel bunyinya agak 'outstanding' mungkin kerana perkataan karamel tu agaknya.Tapi kalo puding tanpa telur cmne yer...sedap ke sedangkan biasanya karamel dan telur tu bersahabat baik.kamcing selalu.Yang sebenar-benarnya Rose suka bereksperimen..bukan buat ujikaji kat sekolah ke..ape..ke..jauh sekali buat master atau phd tajuk berkaitan.Cabaran tu macam satu keseronokan.Kalo menjadi la kan.Kalo tak...ish..ish..bersabaaaar.Ada mood nanti buat n buat lagi.Oklah,hasil eksperimen tadi terbukti karamel tanpa telurpun tak kurang mengancam rasanya..itu pendapat sayalah.Kalo nak tau betul ke tidak, Ce Cube...Ce Cube..
Jangan lupa copy dan buat respi kat bawah nanti ye


 
Puding Karamel Tanpa Telur

A) 2 senduk gula

B) 1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula

C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla
(Campur sebati semua bahan C)
 
Cara-cara
hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak…biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk)