Assalamualaikum dan selamat sejahter semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua"Ilmu itu harus dimanfaatkan, diajar dan disampaikan kepada orang lain walaupun hanya sepatah kata, kerana ilmu yang menimbun kelak hanya akan merugikan"
Kongsikanlah ilmu-ilmu yang ada di sini dengan seadanya NAMUN semua gambar adalah Hak Milik Peribadi Keluarga Rose@QasehNurlisa.

Translator

Sunday, October 26, 2014

Kek Chocolate Indulgance ..yummy


                                                   

                                                          Kek Chocolate  Indulgance


  Assalam dan apa khabar semua. Punya lama berabuk dah blog ni. Ni kalo lap habuk mau seminggu demam he2..Sebenarnya banyak dah buat kek dan masakan lain tapi macam tak de kesempatan nak update n3nya.Ape yang pasti ari ni nak kongsi respi kek yang amat digilai oleh penggemar coklat iaitu semestinya Kek Chocolate Indulgence ala-ala di kedai fofular tu kan..kan..
Seyes Rose katakan rasanya sangatlah 'mencinta' dan yang paling penting penggunaan gelatin yang halal tuan/puan. Bagi homebaker macam Rose ni menggunakan bahan-bahan berkualiti dan HALAL adalah keutamaan.
Tok sah menceceh panjang..jom tengok respinya. Sekali lagi saya setia pada yang satu...sifoo dan idolaku Azlita Masammanis. Setakat ni tak pernah tukar respi lagi walaupun mak aiiii berjela panjangnya. Kalo tak betul2 berazam dan kuat semangat rasanya sanggup beli dari membuatnya.
Tapi Rose pulak sukakan cabaran..nak wat camne. Selagi tak jadi..selagi tulah buat dan buat dan buat sampai 90% jadipun jadilah. Motivasi Rose senang je..tengok gambar2  kak ita lama2..selalu2..timbullah semangat . Moho share respinya di sini ye Kak Ita. Mohon maaf k.Ita sebab Rose ada menderhaka sana-sini sikit respi tu ikut apa yang ada dan sedap.Izinkan ye...

CHOCOLATE INDULGENCE
Sumber : Puteri Manja, Azlita Masam Manis
Dicuba oleh : Ros@Kek2U

INFO PENTING YERR...MULA2 SEKALI KITA BUAT FILLING MOUSSE COKLAT PUTIH SEHARI SEBELUM KITA BUAT KEKNYA....SBB COKLAT PUTIH KENA SIMPAN DLM PETI SEJUK SEKURANG2NYA SEHARI LAH LEBIH BAIK....PLS TAKE NOTE YERR....


CHOCOLATE CHIFFON
BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR

CARA-CARA
1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.
2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.
3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN.

FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM 
200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM /ROSE GUNA 150GM
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU) / ROSE GUNA 3 BIJI
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
1/2 TBSP MENTEGA ( ROSE GUNA BUTTERCUP-KUALITI DAN SEDAP)
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT / ROSE GUNA 220GM
1 1/2 TBSP GELATIN
50ML AIR / ROSE TAK LETAK
SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK)

FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH (yg ni kena buat sehari utk simpan semalaman)
200GM COKLAT MASAKAN PUTIH / ROSE GUNA 100 GM
100ML SUSU SEGAR UHT /ROSE TAK LETAK
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR / ROSE LETAK 50GM
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
2 TBSP GELATIN
50ML AIR / ROSE TAK LETAK
** ROSE TAMBAH 150 GM BUTTER (GUNA BUTTERCUP TAU)

TOPPING COKLAT GANACHE
150ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR)
350GM COKLAT MASAKAN HITAM
1 TBSP MENTEGA CAIR
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)

*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.

*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.

CARA-CARA :

MOUSSE COKLAT HITAM
1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.
*** SIMPAN DLM PETI SEJUK 1 JAM


MOUSSE COKLAT PUTIH
1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.
4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.

CARA-CARA :
1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.
2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.
3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.
4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.
5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.
6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU.
7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.
8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.

** Rose doublekan/triplekan adunan untuk dapatkan kek yang tinggi macam di bawah







 Jom Cuba.. Ada bran he2..
Jika nak tengok kek-kek tempahan 
yang lain bolehlah pergi
kepada Rose@Kek2U.blogspot.com



Di bawah kek yang belum difrosting..harap dapat membantu ya..