Assalamualaikum dan selamat sejahter semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua"Ilmu itu harus dimanfaatkan, diajar dan disampaikan kepada orang lain walaupun hanya sepatah kata, kerana ilmu yang menimbun kelak hanya akan merugikan"
Kongsikanlah ilmu-ilmu yang ada di sini dengan seadanya NAMUN semua gambar adalah Hak Milik Peribadi Keluarga Rose@QasehNurlisa.

Translator

Tuesday, December 17, 2013

Rose dan bunga...Philodendron

PHILODENDRON SELLOUM LACY TREE


Pokok philodendron ini (nama melayunya Rose tak pasti) disarankan ditanam di dalam rumah...dalam pasulah ya.Pokok ini mampu membersihkan udara persekitaran rumah. Pernah dikategorikan sebagai "NASA's shortlist of best air-purifying houseplants". Sesuai terdedah kepada matahari penuh mahupun separuh teduh seperti di balkoni, bawah pokok-pokok yang besar, di tepi kolam ataupun lokasi dalam rumah yangmendapat sedikit cahaya. Kehadirannya juga 'melembutkan' suasana interior  design rumah  yang 'berat' dan 'sarat'. Tidak perlu disiram hari-hari.Cukup sekadar 2 hari sekali atau apabila perlu sahaja. Dibiarkan tumbuh begitu sahaja membolehkan batang-batang pokoknya membentuk lingkaran seni liuk-lentoknya yang tersendiri dengan bentuk daun yang kembang  bagai jari.  

Mee Goreng Mamak...Satu!!

Assalam.....
Pagi ni cadang nak masak menu simple dimple...mee goreng mamak.Alkisahnya, semalam waktu balik dari window shopping  si kecik mintak singgah pekena teh tarik ngan mee goreng mamak kat Warung Mamak Ghani. Ramai gak la pelanggan kedai tu.Bukan tak ada  pilihan lain..roti telur ke..tosei ke..roti nan ke..tapi mee mamak juga nampak mengancam.Jadi, sebelum ngap sempat snap pic dia.Saje2 nak banding ngan mee mamak yg kita wat nanti.Tak ada niatpun nak lawan M..A..M..A..K. Yang penting famili kata sedapkan!
Jom tengok bahan-bahannya.




Mee Goreng Mamak
Resipi dan olahan: Rose@QasehNurlisa


Bahan-bahan:

1kg mee kuning
6 ulas bawang merah+ 2 ulas bawang putih (kisar)
Isi ayam secukupnya (potong ikut suka)
Udang kering sedikit ( kisar -ni sebenarnya yang kasi rasa mee mamak ori tu)
3 sudu besar cili giling ( cili boh pun boleh)
Air sedikit untuk bagi sebati mee dan bahan tumisan
1 keping tauhu,1 keping fish cake,6 biji fish ball (potong dan goreng dahulu)
Sayur-sayuran: cili hijau dan tomato (potong nipis), kentang (sebiji-rebus dan potong kecil), taugeh,sawi
3 biji telur,  minyak , garam, kicap manis , sos tiram

Caranya
1. Tumis bawang merah,putih, udang kisar dan masukkan cili giling
2. Masak hingga pecah minyaknya.
3. Masukkan kicap, sos tiram, garam dan sedikit air
4. Masukkan ayam dan goreng lagi
5. Masukkan mee kuning, fish cake, fish ball, tauhu goreng dan sayuran tadi.Goreng lagi hingga mesra.
6. Buat satu lubang di tengah mee dan pecahkan telur.Kuatkan sikit api dan kacau     telur cepat2 supaya  jd hancur
7. Kecilkan api  dah gaul dengan mee tadi. 
    Siap untuk dimakan.Mare..mare..mare


Friday, December 13, 2013

Rose dan Bunga...Bunga Melur@Jasmin

      BUNGA MELUR / JASMINUM SAMBAC


Bunga Melur oleh Rose@QasehNurlisa



Bunga Melur (nama saintifik: Jasminium Sambac). Pokok ini jenis pokok sesemak dan boleh memanjat. Di rumah Rose ada sepokok je dalam pasu. Suka tengok bunganya yang putih seperti bunga susun kelapa. Sangat sesuai dan hidup subur dalam matahari penuh. Hampir setahun dah usia bunga ni.Senang dijaga.Bila lapang, gunting je mana-mana yang layu.Baja ikut masa...cantik mekar bunganya nanti beranak-pinak. Pembiakannya menggunakan cara keratan batang.Selain mempunyai bau yang wangi, pokok ini juga sesuai dijadikan pokok pagaran .Daun dan bunganya juga dipercayai mempunyai khasiat perubatan. Murah juga harganya dalam 6 - 7 ringgit sahaja.

Thursday, December 12, 2013

Puding Roti Keju Dengan Sos Kastard

Assalam...Kalau ada lebihan roti di dapur jangan dibuang ye.Roti yang dah hampir tarikh luput misalnya boleh dimanfaatkan menjadi puding roti keju.Enaknya dimakan dengan sos kastard.Mudah je resipinya.Biasanya Rose mintak anak-anak perempuan yang semakin membesar tu buat step by step. Ibu duduk sebelah jadi pemantau.Siap pegang senduk lagi he..he..tak adalah. Ingat lagi pesan arwah mak..walau setinggi dan sebesar manapun jawatan dankedudukan kita...perempuan tetap perlu  tau memasak. Itulah antara sebab anak-anak diajar ke dapur bila saja masa terluang.Pengalaman mengajar kita, orang yang selalu ke dapur ni murah rezeki dan senang hidupnya.Betul tak? Melalut plak..balik kisah puding ni 'laku' kalau dimakan suam-suam dengan sos kastard dari peti ais.Suam+sejuk...erm..sedap.Pas tu minum pulak teh o panas atau ais ke.Ikut la rasa masing-masing ye.Resipi di bawah panduan sahaja.Ubahsuailah mana perlu esp bahan apa yang ada di dapur he2. 



Loyang kecik je tu. Bila dah siap bakar.

Bila dah potong. Curahkan sos kastard...nampak mewah, Yummy..yummy


Puding Roti Keju dgn Sos Kastard


Resipi dan olahan: Rose@QasehNurlisa
Bahan-bahannya: 

  • 8-10 keping roti gadenia ( roti berbuku tupun boleh juga)
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cwn gula perang
  • 250gm Krim Cheese (Rose guna brand Tatura)
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu esen vanilla
  • Kismis/buah campur untuk hiasan

Caranya


  1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam bekas. 
  2. Masukkan susu segar dan rendam sekejap lebih kurang 10 minit.
  3. Sementara itu, pukul krim cheese hingga gebu dan  masukkan  telur
  4. Masukkan gula perang + esen vanilla
  5. Masukkan roti yang telah direndam dalam susu tadi ke dalam loyang pembakar. (Griskan loyang dengan sedikit mentega)
  6. Tuang cream cheese tadi ke atas roti 
  7. Hiaskan dgn kismis/buah campur
  8. Bakar dlm oven selama 20 minit-30 minit = 180 'C
  9. Tunggu sejuk..baru potong. 

Bahan-bahan Sos Kastard:
1 tin susu cair
2 sudu kastard (Tambah pewarna kuning jika mahu)
3 sudu gula
1 sudu kecil esen vanilla
Caranya: Masak semua bahan dengan api kecil hingga pekat berkilat.

Lamb Chop


A very good morning n salam pagi damai yang syahdu....ahaa..kalau intro camni mesti ada N3 spesel akan muncul tuk menu hari ni.Bukannya apa..dah agak lama juga dapur ni tak dijengah menu barat. Hah! Lamb Chop? Chicken Chop? Eeeeee...Selalunya ngeri ibu2 bila sebut menu baratkan.Nak memerap lagi..buat sos lagi..coleslaw n kentang putar bagai.Huh! semput dibuek eh. Tapi Rose beruntung dan tak fenin kepala sebab dah merancang dari awal lagi.Beli je daging ari tu terus cuci dan buat bahan perapannya.Tolak portion hari ni...ada baki lagi tuk lunch ala western mungkin minggu depan kot. Sekalung terima kasih pada Kak Ita  Masam Manis dengan resepi istimewa Chef Amir.Moga dimurahkan rezki kerana sudi berkongsi ilmu dengan ibu2 seperti Rose yang suka menyajikan menu-menu tuk menggembirakan seisi keluarga. Kali ni Rose ikut seratus peratus resipi tu sebab nak cuba rasa baru.Ternyata tak sia-sia kumpul bahan dan buat perapannya.Chef Class gitu!Anak-anakpun puji sosnya yang malatop..sebijik yang dijual dikedai tu..kata anak-anak. Alhamdulillah.Buat pulak coleslaw dan kentang putar ala kfc tu..maka bermenu baratlah kami sekeluarga ari tu cuma tak sembang slang omputeh je he..he..Rose mohon share resipi spesel tu di sini.Kredit untuk Kak Ita dan Chef Amir skali lagi. Jom tengok resipi kat bawah.


Taraaa...siap pun nyum nyum.Masa nak snap tu tak sempat letak mayonis dan sos sebab semua dah lapar he2.Paling best..part sos dia tu..wallah..anak-anak siap buat berger ayam plak makan dengan sos tu waktu makan malam.Emm best!


LAMB CHOP
Resepi : Chef Amer Hamzah 
Sumber Resepi:-Kak Azlita

10 keping kambing Lamb Shoulder

Bahan Perapan
8 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah India
1 batang serai
130 gm minyak jagung atau Olive Oil
70 gm air
30 gm lada hitam biji
40 gm gula pasir atau Brown Sugar
5 gm Paprika
10 gm serbuk Stock Perang ~ Jenama Knor
50 gm sos HP original
25 gm Yellow Mustard
2 gm Tyme
2 gm Rosemary
10 gm garam ( Rose tak letak sebab husben bimbang masin)

Bawang putih, bawang merah, serai, minyak jagung dan air di kisar bersama hingga halus
Lada hitam biji di tumbuk atau dikisar kasar
Campurkan semua bahan perapan kecuali Rosemary
Bila dah sebati baru masukkan Rosemary
Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian
Susun dalam bekas dan perap semalaman

BLACK PEPPER SAUCE
Resepi : Chef Amer Hamzah
Sumber Resepi-:Kak Azlita
40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu 
Cara-cara-:
Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar 
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air

Mula-mula kita panaskan mentega
Ita tambahkan sedikit minyak olive oil
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
Masukkan  lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata







Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalam.. hari ini apa khabar.Moga sihat dan sejahtera selalu.Semalam Rose jalan2 di internet cari resepi kek coklat yang baru.Yang moist berkrim tu dah selalu buat jadi nak yang versi lain plak. Nak dijadikan cerita tersinggah kat umah teratak mutiara kasih oleh linapg dan tertarik ngan kek coklat lapis krim cheese kukus tu. Pas ketuk pintu umah baru buat kek ni. Betul kata linpg, tengok gambar kek ni terus jatuh cinta. Pun senang je buat kek ni..gerenti jadi.Bahan-bahannya pun ada kat dapur tu godek2.Pas siap kukus je terus ngap..ngap..tak sabar nak rasa.lembut, lemak2 cheese dan sedap rasa kokonya. Bila simpan dalam peti ais lagi sedap rasanya dan rupanyapun mantain cantik..ganding ngan air teh o panas..ermm..nyum..nyum. Jom tengok resepinya..mohon share kat sini ye linapg.Rose ikut resepi asal kecuali koko dan baking soda je ubah sikit.


 Atas rupa kek lapis bila dah siap masak. Nipis je kan..len kali nak try buat dalam loyang kecil sikit bagi tebal kejadiannya. Kat bawah gambar kek dah dipotong.
Warna coklat selang ngan krim cheese nampak glam gitu.Cuba buat ye.


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Rujukan Dari Sifu : Yatie Ratu Talam n Hana n linapg
(Loyang 8x8x3)

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus - lina pg gn 50g
  • 1 biji telur gread A
  • 1 sudu besar air - lina pg guna susu cair
  • 1 sk jus lemon
  • 1 sudu besar tpng gandum - lina pg gn tepung Hong Kong
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko* (lina pg n Rose gn 1/2 cawan)
  • 1 sudu kecil baking soda* (lina pg n Rose gn 1/2 sk)
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian untuk selang seli ngan lapis cheese nanti
CARA MEMASAK
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.(Last punya lina pg kukus selama 30min)
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
    He2.. Tak sempat nak ikut no.6 tu..tak sabar..potong terus ngap...sedap yummy!

Tuesday, December 3, 2013

Puding Karamel Tanpa Telur


Assalamualaikum,
Banyak-banyak jenis puding, puding karamel bunyinya agak 'outstanding' mungkin kerana perkataan karamel tu agaknya.Tapi kalo puding tanpa telur cmne yer...sedap ke sedangkan biasanya karamel dan telur tu bersahabat baik.kamcing selalu.Yang sebenar-benarnya Rose suka bereksperimen..bukan buat ujikaji kat sekolah ke..ape..ke..jauh sekali buat master atau phd tajuk berkaitan.Cabaran tu macam satu keseronokan.Kalo menjadi la kan.Kalo tak...ish..ish..bersabaaaar.Ada mood nanti buat n buat lagi.Oklah,hasil eksperimen tadi terbukti karamel tanpa telurpun tak kurang mengancam rasanya..itu pendapat sayalah.Kalo nak tau betul ke tidak, Ce Cube...Ce Cube..
Jangan lupa copy dan buat respi kat bawah nanti ye


 
Puding Karamel Tanpa Telur

A) 2 senduk gula

B) 1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula

C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla
(Campur sebati semua bahan C)
 
Cara-cara
hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak…biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk)

Sizzling Mee @ Mee Asap


 Assalamualaikum...ape khabar..sihat2 saja ye
N3 kali ini, Rose nak kongsikan respi Sizzling Mee @ Mee Asap yang mudah dan sedap. Siapa suka sizzling mee angkat tangan!! Malu eh...tak pe.Kalau suka tak payah lagi bersusah-susah ke pasaraya Giant/Tesco/Jusco dll semata-mata mengidam sizzling mee.Kalau bulan pose plak..jangan cuba2 test power mengoder last2 minit sebelum berbuka..alamat masuk anginlah perut tu nanti.Mari kita belajar buat sendiri supaya boleh jimat bajet....setuju tak..yang penting sekali, rasanya sedapppp gitu.Untuk menambahkan kesedapan 'mata' hidangkanlah dalam plate sizzling yang boleh dibeli di kedai pinggan mangkuk he2...betul...tak tipu.Harga dah lupa sebab dah lama beli (2009) Jom tengok bahan-bahannya ya..



 Chop Stick tu beli khas untuk mr husben...saya tak pandai guna, lebih rela bersudu dan bergarfu

Sizzling Mee
Olahan : Rose@QasehNurlisa
Bahan-bahan:
Bahan Untuk Buat Sos:
3 cawan stok ayam
1 biji telur
3 tangkai cili kering
3 hiris halia
2 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji cendawan kering (shitake)-rebus dulu sampai lembut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit tepung jagung + air
Garam, minyak masak & serbuk lada sulah
1 keping yee mi
80 gm daging ayam (potong kecil-kecil)
2 biji carrot (potong serong)
1 tangkai sayur choy sam
Sedikit lobak merah
Cara-cara:
Celur mee dalam air mendidih. Angkat dan toskan. panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan sedikit bawang putih hingga garing. Masukkan 3 tangkai cili kering tadi.Masukkan stok ayam,sos tiram, minyak bijan, garam dan lada sulah. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung dan kacau hingga kuah pekat. Tumiskan lebihan bawang putih & daging ayam. Masukkan sayur-sayuran dan sos pekat tadi. Masukkan mi yee & masak selama 2 minit. Pecahkan telur dan biarkan mendidih. Tutupkan api. Panaskan pinggan sizzling hingga cukup panas. Masukkan yee mi tadi.Sedia untuk dihidangkan.
**kalo nak pedas tambah lada hitam masa menumis
**Lagi power kalo makan dengan cili potong dan kicap


Tips: Plate besi tu selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering, sejukkan baru disimpan

Tauhu Goreng Udang Kering ( bukan....Tahu tak goreng udang kering ya....)

Hari ni husben mintak buat menu 'like' dia..tak terkira dah likes' dia tu. Harus menang anugerah kalo ada pertandingan tauhu goreng ngan udang kering.Al-kisahnya masa gi kursus di Kedah Tahun 2012..fuh..lama punye citer ni..berabuk..'hashummm' bersin plak. Hotel tempat menginap tu hidangkan respi ni..Rose plak tak blh tengok benda 'baru' apatah lagi rasanya spesel. Balik je terus 'try n error' uols buat menu berdasarkan pengalaman mata dan lidah semata. Alhmdulillah mr. husben suka plak asalkan jangan masiiin. Tu je pantangnya.Nak jadi citer..bile gugel..banyak rupenya respi ni. Pe kata kita tengok respi ni...oleh nOOrsha@myresepi.com..mintak izin ya nOOrsha..saya kongsikan respi ni tapi saya menderhaka sikit ( lama dah..) tambah sana sini ikut pengalamn saya..2012 tu.. Ape pun rasanya tetap marbeles...Cuba ya

Fokus gambar depan tu je ok.Nmpak tak udang kering sebijik2 tu..sedaaap

Sumber/Resepi: nOOrsha@myresepi.com
Olahan : Rose@QasehNurlisa.blogspot.com

Bahan-bahan ( - )

  • 4 keping tauhu - potong empat (Rose belah 2 tapi tak putus)
  • 15 tangkai cili kering ( Rose buh 10 je..)
  • 1/2 biji bawang besar ( 1 biji..banyak pes)
  • 5 biji bawang putih
  • segenggam udang kering - rendam seketika (Ikut pengalaman  Rose guna udang kering yang tak de kulit tu...bila di goreng garing fuh...sedap bangat sbb pejal-pejal )
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato ( air asam jawa pn blh)
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan kicap pekat( tak letak)
  • sedikit garam jika perlu
  • sedikit gula jika perlu

Cara-cara

  1. Goreng tauhu hingga kekuningan. Jangan terlalu lama, bimbang tauhu rasa agak 'kering' bila dimakan.
  2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan udang kering.( Mr hsben n anak suka udang tu goreng gitu je..tak dikisar)
  3. Tumiskan bahan² yang telah dikisar hingga garing.
  4. Setelah garing, masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan kicap pekat. Kacau lagi.
  5. Rasa dahulu. Jika tak cukup masin @ manis, tambah garan dan gula mengikut citarasa.
  6. Taburkan @ Gaulkan sambal keatas tauhu tadi.... selamat mencuba :) (Rose goreng sekejap tauhu tu dengan sambalnya bagi 'mesra' gitu..) 

Masak Taucu Ikan Siakap Goreng - teringat zaman dolu2

Hari ni bila anak-anak sebut baru Rose perasan..bukan terperasan ya... dah lama (padahal baru 1 minggu je) tak masak taucu ni. Faberet anak-beranaklah pendek citer. tak kiralah ikan siakap ke..kembung ke..tongkol ke..waima telurpun akan ditaucukan..he..he..Yang penting keluarga bahagia ye tak. Siapalah kita tanpa anak-anak dan husben yang akan makan ape je yang kita masakkan. Bila request plak..kembangggg. Agaknya tu yang orang kata 'air tangan ibu'... Setakat taucu telur tu serius cakap uols malu nak n3 kat cinikan...kan.. Teringat masa kecik2 dulu mak akan masak double triple ikan taucu ni..kata mak ( Rose saaaaangat setuju) makin lama simpan makin sodap. Kalo tak percaya cuba buat dan simpan ya ( maksudnya.. sebelahkan dahulu bahagian yang nak disimpan tu.jangan usik.. yang lain tu makan nyum..nyum)
Ok macam biasa kita tengok respi ni. Alhamdulillah Rose dah biasa sangat buat ikan taucu ni jadi tak yahlah mintak bantuan pak cik gugle...bahagia rasanya bila anak-anak n husben makan bertambah-tambah. Dibenarkan mengopy dan mengepes respi ni kecuali gambar-gambar yang diisytiharkan Hak Milik Peribadi Rose@QasehNurlisa




Resipi Warisan : Rose@QasehNurlisa

Ikan Siakap Goreng Masak Taucu
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap sederhana besar  (ikutlah ikan apa dan  berapa orang nak makan.. yang ni untuk 4 orang makan sampai malam...he2)
2 camca besar taucu ( biasa guna taucu 'Opah' dalam botol tu..kalau yang warna hitam tu tak berapa umph rasanya..bukan sebab kalernya ye tuan puan)
1 camca besar kicap manis cair ( tak letakpun tak ape)
2 cawan air (Rose suka kuah banyak)
Sedikit sos ikan
2 biji bawang besar saiz sederhana - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris
nipis
6 biji cili api ( pedas baru umph...tak mesti letak ya)
1 inci halia - dihiris nipis
1 biji bawang besar - potong bulat-bulat
1 biji timun ( bisanya Rose belah macam buat acar tu..terpulangla ye)
5-7 biji cili hijau ( belah tengah tapi tak putus)
2 keping asam keping ( jika saiz besar letak satu cukup) 
Kunyit dan garam untuk menggoreng ikan
Bawang goreng untuk hiasan

Cara-caranya:
1. Ikan yang telah dibersihkan dipotong 3-4 ketul. Setelah ditoskan airnya,,sapu dengan kunyit dan garam dan goreng ( Rose suka ikannya garing sedikit).Toskan ikan2. Panaskan minyak dalam kuali,  tumis bawang besar, bawang putih, dan halia hingga kuning dan wangi3. Masukkan taucu dan masak sekejap 4. Masukkan air dan bila mula mendidih masukkan ikan dan tutup kuali sekejap saja      supaya ikan dan air taucu 'mesra'.
5. Masukkan kicap manis, asam keping dan sos ikan secukup rasa ( garam tak letak sebab ikan tadi dah cukup masin) 6. Masukkan timun,cili hijau, cili api dan bawang besar. Tutup sekejap dan bolehlah angkat Hidangkan dengan bawang goreng jika suka.** Tips: Asam keping dibuang kalo nak simpan taucu tu tuk esok hari..nanti masam plak.
 

Kek Sarang Semut...emm lazatnya

Assalam.. sedang asyik mahsyuk berjalan-jalan mengintai kudapan petang, Rose tersinggah ( ayat cover line) kat blog Secubit Garam..sape lagi kalo bukan K.Nor yang tersangatlah  fofular tukan (ikhlas dari Rose) berbanding dengan blog ni yang cinonit je rasanya.Terpegun melihat endingproduct (gambar-gambarnya) yang cun melecun, belum lagi sajiannya. Kerling sana-sini Rose ternampak dan terpikat dengan respi satu ni .. kek sarang semut. Banyaknya sarang semut...
Paling touching uols bila Rose baca kisah arwah mak  K.Nor ...almaklumlah Rosepn dah x de mak ayah... kematu hu2..InsyaAllah...moga diberkati dan dirahmati arwah dengan perkongsian respi-respi tu.
Kek sarang semut ni pernah  Rose cuba buat dulu tapi sarang tak berapa nak menjadi pas tu terus sentapp!! hua...at last beli dikedai atau order dari kawan-kawan yang banyak sarang semut yang sedap..Emm tak brape puas hati bukannya pe..kalo dapat nak bagi keluarga makan dari air tangan kita sendirikan dan nak menderhaka sikit ubahsuai sikit ikut kesihatan ..gulanya...susunya..butternya DAN paling penting rasanya tetap mantop!!..BUKAN sekali-kali nak berjual (ada ke yang demam nak oder ha2...)
Jom tengok barang-barang yang memang dah ada stok kat umah kita tu.Izin dengan rendah hati mohon saya copy resepi warisan K.Nor ni ye....dengan izin ye .



Banyak tak sarang semutnya...kira bolehlah tu ye
Nampak sama je gambar tu kan he2....bezanya 1 gambar close up gelas dengan teh ais berpeluh                dan gambar 2 tu fokus pada keknya yang berlubang-lubang tu pulak...ada beza ke...ada ke...


Resipi asal Kek Gula Hangus arwah mak K.Nor
 Olahan oleh : Rose@QasehNurlisa 
Bahan-bahannya:
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis (Rose kurangkan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula (Rose guna 1 cawan je)
2 sudu kecil soda bikarbonat

Caranya:
Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..


updated:
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.

Roti John..oleh Orang Melayu


Assalamualaikum...selamat pagi semua.
Alhamdulillah cuaca hari ni cerah. N3 ari ini mula-mula segan nak dikongsikan kerana kat luar sana tu berlambak dah resipinya.Tapi tak apalah..niat berkongsi bagi yang tak tau.Pagi  ni tidak bercadang keluar awal ke mana-mana kerana anak-anak dah mintak sediakan sarapan pagi roti john.Memang boleh teka sebab semalam ibunya dah beli roti john. Bahan-bahannya pun dah memang ada di dapur.Menu ni memang berat sikit..siap dengan mayonis dan daging bagai..alamatnya makan tengah hari akan lajak pukul 2 ke atas.
Ikhlas cakap..mula-mula dulu 'blur' gak nak buat roti john ni tapi bila dah selalu buat...tak pergi dah pasar malam cari. Buat sendiri tau2 sajelah...sesedap rasa..tu yang bahaya tu.Iskk..guna ayat biasalah..cekali-cekala je hua2..Cara buat roti john ni mudah je..tak payah lah pergi sampai singapore sana setakat nak buat ni he2


Bahan-bahannya semua adakan...tak ada boleh beli tapi telur tu tak dapatlah sekali bekas camtu  he2.
  Dah masukkan beberapa sudu adunan telur dan daging tadi..telangkupkan saja roti ke atasnya.Atau susah sangat celup jer la roti ke dalam bekas telur daging tadi pas tu cepat-cepat letak atas kuali..kita yang buat dia kan..kan...Peringatan: puan-puan abaikan rupa kuali saya tu ye
Taraaaa....dah siap. Tergoda tak dengan persembahan yang tak seberapa tu...jom masak
     Ubahsuailah ikut selera masing-masing ye resipi di bawah.

Roti John Pembuka Selera 
Olahan Rose@QasehNurlisa


Bahan-bahan : untuk 4 orang makan
·           -      4 buku roti frankfurter @ roti untuk buat roti john - ada jual di kedai kek/roti
-      200gm daging lembu cincang - keluarkan dari peti sejuk awal-awal supaya tak keras
-      3 ulas bawang putih - cincang halus
-      1 labu bawang besar  cincang halus
-      3 biji telur
-      lobak merah dipotong kiub2 kecil ....ni idea nak suruh anak-anak makan sayur secara tersirat  he2
-      3 helai daun sup--dipotong halus
-      mayonis
-      sos cili
-      sedikit marjerin utk masak daging dan untuk proses gabung inti dan roti john
-      garam secukup rasa
-      1/2 kuib ayam
-      1/2 sudu besar serbuk lada hitam, lada sulah -- kalau suka
-      Hirisan tomato, salad,timun lain-lain sayur jika suka


Cara-caranya:
            1.     Panaskan marjerin dan goreng daging lembu tadi dengan api yang keci
2.     Setelah kekuningan/agak masak taburkan garam, lada sulah dan lada hitam serbuk dan goreng lagi
3.     Masukkan pula bawang putih dan merah - goreng lagi
4.     Masukkankan kiub ayam dan lada sulah - kalo nak boleh rasa
5.     Tutup api dan pukul sekejap telur dalam bekas yang sesuai dan masukkan daging yang telah siap  digoreng tadi - kacau agar telur dan daging bercampur mesra gitu 
6.     Lanser sedikit majerin dalam kuali tadi dan masukkan beberapa sudu telur+daging tadi -   nak jelas  lagi tengok gambar kat bawah
7.     Belah roti (tapi jangan putus) dan telangkupkan ke atas telur tadi..tekan-tekan sedikit biar melekat kemas - ada gambar boleh tengok
8.     Terbalikkan dengan berhati-hati dan masak sebentar
9.     Angkat dan bolehlah hias dengan sayur-sayur, sos cili/tomato dan mayonis
10. Dah boleh makan….
     ari ni tak payah beli nasi lemak kat warung Mak Kiah...jimat he2
        

Rose dan Bunga...Bunga Kesidang (Wangi)

VALLARIS GLABRA/ KESIDANG
Sekali dengar macam 'tok sidang' he2..tapi bunganya wangi sebijik bau daun pandan.Asalnya dari Malysia/Asia.Rose beli kat Sungai Buloh...RM5 rasanya...murah je.Pokok ni jenis Kayu Memanjat dengan daunnya hijau dan lebar.Kalau musim panas memang dia rajin berbunga...Sekarang ni hujan je..(Alhmdlh..hujan tu rahmat) susah la sikit nak tengok bunganya.Pe pun gambar kat atas tu dirakam bila pokok tu berbunga..bau tak dapatlah nak kongsikan he2..cium je daun pandan kalo teringin nak tau. Pesanan penaja: Janganlah seram sejuk plak bila malam-malam melintas kat bunga tu bau wangiii je.Cubalah tanam..senang dijaga pokoknya.

Kek Coklat Moist Yummy2

Assalamualaikum..jumpa lagi.
Semalam teringin nak makan kek coklat.Fikir punya fikir nak wat yang tak simpel tak payah pukul- memukul.Bunyi bergaduh plak he2.Almaklumlah kita tak berapa nak cukup 'RIMAU' (taukan..duit le kata orang perak, negeri lain saya tak tau panggil apa) nak beli idaman setiap wanita Si Kitchen Aid yang fabulos malatop tu.Kalau tak ada 2K bercinta jelah dalam hati ye tak. Paling mengancam yang kaler pink tu uish...aduhaiiii...bersabarlah wahai hati.Jadi Pendek citer saya gunakan satu2nya mixer yang banyak berjasa sejak mula berkenalan 4 tahun lalu, brand Cornel tu.Ape pun..jasamu tetap kukenang ya mr cornel.
Rose suka kek ni tang moist dia tu..bakar ke kukus ke tak perlu risau.Mesti jadi punyalah.Jadi bagi yang baru nak belajar buat kek (macam lah kita terror..he..he) disarankan buat kek ni dulu.Pasti sedap dan moist je.Bukan ape..sebagai motivasi uols.First impression ..kata orang putih tu sangat penting.Pas tu nanti pasti berkobar-kobarlah semangat nak buat kek2 yang lain.Percayalah.....nyanyi lagu Datuk Siti skit.Untuk resipinya saya gunakan AlongRoz dari My Reseipi.com Minta izin kongsikan di sini ye.Moga bertambah rezki dan ceria selalu.


Alahai..dah tinggal separuh je kek dalam piring tu. Tak sempat sebab dah masuk dalam mulut.Rasanya umph...lemak..berkrim...Gambar bawah ni untuk showtime. Jom pakat buat hari  ni.Resipi kat bawah.

Kek Coklat Moist
Sumber: Dari buku koleksi oleh Cik Zubaidah oleh AlongRoz
Olahan : Oleh: Rose@QasehNurlisa
Bahan-bahan : ( 8-9 inchi bulat )

100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder

Cara-cara

1.Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer.
2.Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
3.Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan.
4.Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
5.Untuk buttercream kat tepi, pukul 125g Butter, 125g majerin & 80g Gula ising. Bila dh sebati campur 100g coklat yg telah di cairkan
6.Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no.4580. Mohon share kat sini ye hana
TOPPING Ÿ 3-5 sudu besar susu pekat Ÿ 1/4 cawan serbuk koko van houten Ÿ 2 sudu besar butter Ÿ 2 sudu besar susu segar Cara...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....